SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Buku Skrap Tokoh Tempatan ini dapat disempurnakan.

Saya amat rasa bersyukur dan gembira kerana dengan terlaksananya buku skrap ini saya dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan tentang tokoh-tokoh kita yang telah banyak berjasa untuk anak bangsa.

Buku skrap ini akan memaparkan tentang sejarah hidup dan jasa tokoh tempatan Allahyarham Tn. Hj. Kamisan Bin Hj. Ashari yang berasal dari Kampung Parit Othman, Parit Sulong. Semoga roh Allahyarham akan diletakkan di tempat orang yang beriman, Al Fatihah……….

Akhir kata, terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku skrap ini samada secara langsung atau tidak langsung.

Sekian,Wassalam.

(Nur Afiqah Bt. Azhar)

Pengarang