Peraturan
Pusat Sumber

A. BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR

a) Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah dicatatkan ke dalam buku “REKOD 
    PINJAMAN “.

b) Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah dipinjam dan dipulangkan oleh 
“GURU” sendiri. Seandainya guru hendak menghantar wakil hanya ketua
 darjah atau penolong sahaja yang dibenarkan.

c) Murid-murid tidak dibenarkan meminjam  atau mengambil keluar bahan dari 
    bilik ini.

d) Tempoh pinjaman adalah tujuh hari (seminggu).

e) Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan membaharui tarikh pinjaman.

f) Bahan- bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan di tempat asalnya.

g) Carta atau alat boleh dipijam sebanyak dua buah setiap kali membuat pinjaman.

h) Bahan yang dipinjam tidak boleh dibawa pulang ke rumah kecuali dengan kebenaran.

i) Tidak boleh makan atau minum di bilik ini.

j) Kebersihan bilik ini adalah tanggungjawab bersama.

k) Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan bahan, guru yang meminjam perlu    
     melaporkan dengan kadar segera kepada Penyelaras BBM.

l) Untuk alat yang dipinjam dalam bentuk set, pastikan setiap set yang dikembalikan adalah  
   lengkap.
 

| menu utama | pengenalan || misi || falsafah || tujuan & matlamat || carta organisasi || laporan aktiviti || peraturan |