Make your own free website on Tripod.com
 
BIODATA TOKOH

       Orang yang saya fikirkan amat sesuai untuk mengisi ruang buku skrap tokoh tempatan ini ialah Allahyarham Tn. Hj. Kamisan B. Hj. Ashari.
 
       Allahyarham berasal dari Kg. Bintang Simpang Lima, Batu Pahat tetapi ketika berumur belasan tahun ia telah berhijrah ke Kg. Parit Othman, Parit Sulong, Batu Pahat. Allahyarham telah dilahirkan pada tahun 1925.

       Keluarga Allahyarham adalah dari golongan orang yang susah, ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ibu dan bapanya bekerja kampung dan pernah menjadi penoreh getah demi untuk membesarkan dua orang anaknya iaitu seorang putera dan seorang puteri.

       Dalam usia yang masih muda Allahyarham telah sama-sama menolong ayahnya mencari rezeki, ia telah sama-sama menimba pengalaman bekerja kampung dan menoreh getah.

       Walaupun hajat dihati ingin berjaya dalam pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti orang lain tetapi tidak kesampaian. Allahyarham sedar beliau adalah dari keluarga yang susah maka dia hanya menamatkan pelajarannya setakat darjah lima sekolah kebangsaan dan darjah tiga sekolah agama.

       Allahyarham adalah seorang anak yang baik dan sentiasa membantu ayah dan ibunya mencari rezeki. Dia sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya bagi membela nasib keluarganya.

       Allahyarham juga seorang yang pemurah, penyabar,jujur dan ikhlas terutamanya ketika ia dilantik menjadi wakil pada rakyatnya. Oleh sebab itulah maka ia telah dapat bertahan selama enam belas tahun menjadi wakil rakyat.